Sunday, January 17, 2010

‘Ambient’ (pameran terbuka pesta pulau pinang 2009)



3 disember 2009 – 15 januari 2010
Lembaga muzium dan balai seni lukis pulau pinang

Karya ini merupakan proses untuk ‘cuba-cuba’ berkarya. Tiada mesej yang berat.
Berkonsepkan musik sebagai tema bagi pertandingan ini. Karya ini mengambil musik sebagai satu elemen yang dapat memberikan suatu ‘mood’ atau dapat menaikan sesuatu emosi perasaan samada marah,depressed, emosi,sedih, melankolik ,tenang, gembira dan pelbagai perasaan yang sepertimana manusia itu mempunyainya.

Visual yang terdapat pada karya ini menunjukan 1 figura yang berada di seduah landskap yang fiksyen. Menggambarkan diri yang sedang diselubungi dengan perasaan dan emosi yang dibawakan dari kesan musik yang membawanya kesitu. Langit berwarna kelam, aurora yang gemerlap, awan yang tak menentu berwarna merah , matahari yang menyinar di ufuk, tanah yang gersang, rumput dan pokok yang mati tetapi kelihatan sekuntum bunga yang mekar tumbuh, dan terdapat satu figura yang sedang berjalan melepasi semua itu menuju ke matahari yang berpancaran di ufuk tadi. Kata- kata lirik diinspirasikan dari beberapa ayat dari lirik sebuah band jepun Envy bertajuk ‘Scene’ yang membawa erti perasaan melankolik yang dibawakan dari bunyian musik untuk kembali kepada apa yang diharapkan.

Medium yang digunakan adalah media campuran. Satu percubaan penggunaan media dan mungkin juga bersamaan dengan genre musik yang bersifat bercampur dan experimental.
Tajuk ‘Ambient’ di gunakan untuk memberi makna satu genre musik yang bersifat experimental yang dapat menaikkan sesuatu atmosfera dan mood. Walaubagaimanapun karya ini masih lemah dari segi penyampaian mesej dan visual yang dihasilkan. sesiapa yang ingin memberi kritikan karya ini dialu-alukan

p/s: kalau sesipa nak beli painting ni pun boleh jugak .apa2 hal terus kontek saya harga boleh bincang..kehkehkeh...
mendengar: Chevelle- well enough alone

Simptom gelombang pink

Tiba- tiba ia datang

cuba elak

cuba tepis

tak boleh lari

runsing, kelam kabut

cuba tengok wajah pada cermin

baru tau tahap diri masih kurang

cuba tepis

cuba elak

tapi dengan cara yang lebih tenang

supaya dapat berurusan dengannya terkawal

Provoke

" Tak payah blajo lame2- lame..lepas ni kamu kroje...tengok macam anak makcik, Atan bile dah kroje dah tak minat blajo dah.."kata seorang makcik kepada aku..

"ye la mak cik...betul jugak tu.."balas aku. Perasaan aku simpan kemas...

Friday, January 1, 2010

Kembali ke ruang yang satu lagi




Dah lame berehat

sampai tempoh, baru tersentak

satu ruang untuk aku kembali

jangan termenung lagi..

Tuesday, December 29, 2009

a p i





Tersembunyi


Terpadam


Tak dihidupkan


Bukan kerana sifatku, ku tahu..


Namun,


Ianya satu elemen yang perlu ku nyalakan dalam diri ini







dari 'I k i r u(to live)' oleh Akira Kurosawa













Protagonis yang berusia lingkungan pertengahan 50an,

seorang pekerja pejabat yang menghidap kanser perut

dan dia tahu yang peluang hidupnya cuma dalam 6 bulan sahaja.

Tambahan dengan masalah dirumah dia dilihat seorang yang depressed yang menanggung segala beban masalah yang dihadapi.

Protagonis ini cuba mencari dan mempersoal apakah yang dia telah lakukan sepanjang hidup ini..di pertengahan cerita ini dia telah berjumpa seorang karektor seorang penulis yang cuba membuatkan dia gembira di tempat-tempat sosial seperti di pub, club malam, bar namun dia tetap tak gembira..

Selepas itu dia telah berjumpa dengan seorang gadis yang juga kenalan sekerja pejabat. karektor gadis itu lincah & periang. Lalu dia bertanya pada gadis itu kenapa engkau begitu hidup? Apa yang kau buat @lakukan untuk dapat merasai hidup sebegitu?gadis itu mengeluarkan sebuah permainan arnab dan menggerakannya ..saya cuma melakukan perkara seprti ini sangat menyeronokan ianya seperti bermain dengan bayi.kenapa tak cuba melakukan perkara yang sebegini?

Protagonis berfikir.. dah terlambat..kemudian dia berfikir semula ..tak..belum terlambat lagi..lalu dia mengambil keputusan untuk ke pejabat dan melaksanakan segala kerja segala kerja dipejabatnya sebelum ini dengan tindakan yang wajar dengan memperbetulkan segala apa yang patut dilakukan..

Cerita ini hampir2 membuatkan aku menitis air mata dengan karektor protagonis yang sangat hidup dan beremosi yang membawa jalan ceritanya yang begitu bermakna. Satu impak untuk lakukanlah sesuatu yang boleh memperbetulkan sesuatu kesilapan yang pernah kita buat di dunia ini sebelum masa kita sampai kelak..cuba fikirkan jikalau kita diberikan 6 bulan sahaja untuk hidup.apa yang akan anda fikirkan?

Mendengar :

Mono – ode
No regret life- ana hi no mirai