Tuesday, December 29, 2009

a p i





Tersembunyi


Terpadam


Tak dihidupkan


Bukan kerana sifatku, ku tahu..


Namun,


Ianya satu elemen yang perlu ku nyalakan dalam diri ini







dari 'I k i r u(to live)' oleh Akira Kurosawa













Protagonis yang berusia lingkungan pertengahan 50an,

seorang pekerja pejabat yang menghidap kanser perut

dan dia tahu yang peluang hidupnya cuma dalam 6 bulan sahaja.

Tambahan dengan masalah dirumah dia dilihat seorang yang depressed yang menanggung segala beban masalah yang dihadapi.

Protagonis ini cuba mencari dan mempersoal apakah yang dia telah lakukan sepanjang hidup ini..di pertengahan cerita ini dia telah berjumpa seorang karektor seorang penulis yang cuba membuatkan dia gembira di tempat-tempat sosial seperti di pub, club malam, bar namun dia tetap tak gembira..

Selepas itu dia telah berjumpa dengan seorang gadis yang juga kenalan sekerja pejabat. karektor gadis itu lincah & periang. Lalu dia bertanya pada gadis itu kenapa engkau begitu hidup? Apa yang kau buat @lakukan untuk dapat merasai hidup sebegitu?gadis itu mengeluarkan sebuah permainan arnab dan menggerakannya ..saya cuma melakukan perkara seprti ini sangat menyeronokan ianya seperti bermain dengan bayi.kenapa tak cuba melakukan perkara yang sebegini?

Protagonis berfikir.. dah terlambat..kemudian dia berfikir semula ..tak..belum terlambat lagi..lalu dia mengambil keputusan untuk ke pejabat dan melaksanakan segala kerja segala kerja dipejabatnya sebelum ini dengan tindakan yang wajar dengan memperbetulkan segala apa yang patut dilakukan..

Cerita ini hampir2 membuatkan aku menitis air mata dengan karektor protagonis yang sangat hidup dan beremosi yang membawa jalan ceritanya yang begitu bermakna. Satu impak untuk lakukanlah sesuatu yang boleh memperbetulkan sesuatu kesilapan yang pernah kita buat di dunia ini sebelum masa kita sampai kelak..cuba fikirkan jikalau kita diberikan 6 bulan sahaja untuk hidup.apa yang akan anda fikirkan?

Mendengar :

Mono – ode
No regret life- ana hi no mirai

Thursday, December 24, 2009

sebahagian



‘Kebanyakan manusia terus berpaut pada ‘rifleksi’ idea yang berasal dari dunia pancaindera. Mereka melihat kuda- dan melihat kuda lain lagi. Tetapi mereka tidak melihat sifat kuda yang tidak sama dengan ciri tiruannya.( merekameluru ke dapur dan terus memakan dengan lahapnya biskut yang berada di sini tanpa sedikit pun memikirkan dari mana ia datang). ‘

‘Apabila kamu melihat bayang2 sophie, kamu akan mengandaikan bahawa tentu ada sesuatu menyebabkan bayang –bayang itu.kamu melihat bayang2 seekor binatang. Kamu berfikir, itu boleh jadi bayang kuda tetapi kamu tidak pasti. Jadi kamu berpaling dan melihat seekor kuda di situ- yang tentunya jauh lebih cantik dan lebih terang jelas bentuknya daripada bentuk samar2 kuda bayangan itu. Demikianlah plato percaya bahawa semua fenomena alam semulajadi hanyalah bayang2 bentuk atau idea yang kekal. Tetapi kebanyakan manusia berasa selesa dan berpuas hati hidup dalam dunia bayang2. Mereka tidak memikirkan tentang apa yang menyebabkan bayang2 itu. Mereka fikir, bayang- bayang memanglah bayang2 , tanpa menyedari bahawa mereka juga sebenarnya adalah bayang2. Oleh itu, mereka tidak ambil pusing tentang keabadian roh mereka.’

Dipetik dari novel sophies world ms 71& 72.

Wednesday, December 23, 2009

Pilih dan buat


Banyak pengetahuan perlu diambil tahu
Banyak inspirasi boleh dijadikan idola
Banyak falsafah boleh dijadikan sumber pemikiran

Tetapi ,

Yang manakah antara kesemua ini dapat kupilih?
yang manakah dapat menunjukan diri ku yang sebenar?
Tenang. Diam. Sedia.
Cuba fikirkan dari sesuatu permulaan..

Memerhati



Jiran aku lingkungan 40 an pernah menyanyakan soalan pada aku “ sekarang buat apa?dah keroje ke?” aku menjawab “belum lagi pakcik, tengah belajor lagi..” dan soalan itu pernah ditanya beberapa kali dalam 1 minggu..

Dalam lingkungan umur 20 an ni aku memerhatikan kawan-kawan dan masyarakat disekeliling aku yang rata- rata yang berumur lebih kurang aku dan lebih atas yang bekerja rata-ratanya apabila ditanya profession aku sekarang samada sudah bekerja atau tidak dan soalan itu aku jawab seperti diatas tadi mereka akan memberikan satu ekspresi yang agak ganjil pada jawapan aku itu. Iaitu seolah- olah aku perlu memberi jawapan“ sekarang saya dah keroje..”

Perkara ini membuatkan aku runsing. Bagi aku selalu bertanya balik pada diri aku apa yang ko nak buat dalam hidup ni? Apa yang ko nak dalam hidup ko ni?Persoalankerja atau tak bukanlah satu jawapan penyelesaian tetapi kalau cara untuk kita mendapatkan sesuatu yang kita hendak dalam hidup ni dengan bekerja ..jadi,bekerjalah..jikalau caranya dengan belajar ..belajarlah.. jikalau caranya perlu menjual goreng pisang di tepi jalan…jual jelah goreng pisang tu.. lalukan sesuatu perkara itu bukan semata-mata perkara itu dan dengan melakukan perkara yang lain juga kita boleh peroleh apa yang kita mahukan. Itu semua adalah cara sahaja. Yang penting apa yang kita hendak dalam kehidupan ini.

Bukanlah kenyataan aku disini untuk menidakkan supaya diri aku ni tidak perlu bekerja . suatu hari nanti kita perlukan wang jugak untuk nak sara diri ni tak kan nak mak bapak sara lagi.. tak nakkah merasa seperti manusia normal yang bekerja.

sesiapa yang mempunyai pendapat yang lebih baik harap dialu- alukan kerana ini hanya luahan bebelan pendapat rambang dari seorang insan yang belum mengenal erti kehidupan.

Apakah yang kita hendak dalam sepanjang kehidupan kita?


Mendengar: yaphet kotto & this machine kills & envy split - untitle

Monday, December 21, 2009

T a k u t


Bolehkah?
tidak boleh?
yakah?
beginikah?
begitukah?
eh..eh?macamanapulak nih?
persoalan terus dipersoal..
sampai detik baru tersedar yang aku telah ketinggalan..
kaku
hanya melihat
tertib dan berulang-ulang..






intro






Datang kl lagi..Sampai, lepak kat pasar seni pastu jumpa apes. Cuci mata kat kinokuniya klcc, rambang mata banyak sangat buku yang perlu aku beli( tapi duit tak mampu). Buat pilihan beli Kabuki : the alchemy. Bergegas ke sungei wang nak tengok band pancaragam perform. Orang ramai sesak. Ruang sempit. Pastu balik rumah apes..plan nak ziarah Abu Zaid esoknya..

Esok . menziarahi Abu zaid. Menziarahi maknya yang tengah sakit. Dia perlu mengguhkan pelajaran degree selama 6 bulan untuk menjaga maknya. Sebagai seorang kawan aku hanya mampu memberi dorongan dan semangat. Cuba2 memberi keriangan agar kemurungan dapat di tawarkan. Plan untuk esok jamming. Cadangan lagu: fake plastic trees (radiohead), selamat tinggal dunia( butterfingers), grey wind (envy).

Bangun tengah hari..telefon abu..pastu dia datang. pegi tempat jamming . marina music studio. Set 1 jam. Semua kat posisi masing2. Mood awal blur..start Haruka Kanata..ending lagu ni dengan jeritan yang membuka mood untuk kembali lebih bersemangat.. walaupun bunyian distortion mengganggu kord 2 lagu- lagu yang dimainkan, masing2 nampak lebih bersemangat terutama pada penamat lagu warm room(envy). Mungkin masing2 nak melupakan masalah yang dihadapi dan untuk terus keep going! Terima kasih pada hakim kerna sudi mengambil posisi dram.

Lepas jamming lepak mamak( takde restoran lain ka?)..pastu pegi klcc cadang nak pegi kinokuniya. Sampai maghrib . sebelum solat jemaah maghrib orang ramai berkumpul membaca doa sempena awal muharam yang diketuai imam masjid. Dalam hati “ tak teringat langsung dah awal muharam..” lepas solat maghrib makan bersama jemaah lain..dalam hati terfikir hari ni sangat special bagi aku kenapa pada awal aku pergi melawat abuzaid dan kami berempat jamming yang pada masa awalnya dengan takde mood kemudian semangat tu kembali lalu aku sempat bersama jemaah lain untuk berdoa sempena awal muharam dan solat berjemaah. Mood hari tu sangat lain bagi aku. Lepas tu pegi kinokuniya beli jugak osamu tezuka tanpa rasa sesal..

Esok .. bangun tengah hari lagi..pegi pudu beli tiket bas balik..dapat pukul 4 ptg. Solat jumaat. Makan tengah hari kat pasar seni. Lepak. .Bas lambat pukul 5 baru bertolak..moga- moga di awal muharam ini kita sebagai hamba berdoalah supaya bersama- sama memperoleh sesuatu yang baik dariNya.. InsyaAllah…




mendengar: selamat tinggal dunia(butterfingers)