Jiran aku lingkungan 40 an pernah menyanyakan soalan pada aku “ sekarang buat apa?dah keroje ke?” aku menjawab “belum lagi pakcik, tengah belajor lagi..” dan soalan itu pernah ditanya beberapa kali dalam 1 minggu..
Dalam lingkungan umur 20 an ni aku memerhatikan kawan-kawan dan masyarakat disekeliling aku yang rata- rata yang berumur lebih kurang aku dan lebih atas yang bekerja rata-ratanya apabila ditanya profession aku sekarang samada sudah bekerja atau tidak dan soalan itu aku jawab seperti diatas tadi mereka akan memberikan satu ekspresi yang agak ganjil pada jawapan aku itu. Iaitu seolah- olah aku perlu memberi jawapan“ sekarang saya dah keroje..”
Perkara ini membuatkan aku runsing. Bagi aku selalu bertanya balik pada diri aku apa yang ko nak buat dalam hidup ni? Apa yang ko nak dalam hidup ko ni?Persoalankerja atau tak bukanlah satu jawapan penyelesaian tetapi kalau cara untuk kita mendapatkan sesuatu yang kita hendak dalam hidup ni dengan bekerja ..jadi,bekerjalah..jikalau caranya dengan belajar ..belajarlah.. jikalau caranya perlu menjual goreng pisang di tepi jalan…jual jelah goreng pisang tu.. lalukan sesuatu perkara itu bukan semata-mata perkara itu dan dengan melakukan perkara yang lain juga kita boleh peroleh apa yang kita mahukan. Itu semua adalah cara sahaja. Yang penting apa yang kita hendak dalam kehidupan ini.
Bukanlah kenyataan aku disini untuk menidakkan supaya diri aku ni tidak perlu bekerja . suatu hari nanti kita perlukan wang jugak untuk nak sara diri ni tak kan nak mak bapak sara lagi.. tak nakkah merasa seperti manusia normal yang bekerja.
sesiapa yang mempunyai pendapat yang lebih baik harap dialu- alukan kerana ini hanya luahan bebelan pendapat rambang dari seorang insan yang belum mengenal erti kehidupan.
Apakah yang kita hendak dalam sepanjang kehidupan kita?
Mendengar: yaphet kotto & this machine kills & envy split - untitle
No comments:
Post a Comment