Tuesday, December 29, 2009

dari 'I k i r u(to live)' oleh Akira Kurosawa













Protagonis yang berusia lingkungan pertengahan 50an,

seorang pekerja pejabat yang menghidap kanser perut

dan dia tahu yang peluang hidupnya cuma dalam 6 bulan sahaja.

Tambahan dengan masalah dirumah dia dilihat seorang yang depressed yang menanggung segala beban masalah yang dihadapi.

Protagonis ini cuba mencari dan mempersoal apakah yang dia telah lakukan sepanjang hidup ini..di pertengahan cerita ini dia telah berjumpa seorang karektor seorang penulis yang cuba membuatkan dia gembira di tempat-tempat sosial seperti di pub, club malam, bar namun dia tetap tak gembira..

Selepas itu dia telah berjumpa dengan seorang gadis yang juga kenalan sekerja pejabat. karektor gadis itu lincah & periang. Lalu dia bertanya pada gadis itu kenapa engkau begitu hidup? Apa yang kau buat @lakukan untuk dapat merasai hidup sebegitu?gadis itu mengeluarkan sebuah permainan arnab dan menggerakannya ..saya cuma melakukan perkara seprti ini sangat menyeronokan ianya seperti bermain dengan bayi.kenapa tak cuba melakukan perkara yang sebegini?

Protagonis berfikir.. dah terlambat..kemudian dia berfikir semula ..tak..belum terlambat lagi..lalu dia mengambil keputusan untuk ke pejabat dan melaksanakan segala kerja segala kerja dipejabatnya sebelum ini dengan tindakan yang wajar dengan memperbetulkan segala apa yang patut dilakukan..

Cerita ini hampir2 membuatkan aku menitis air mata dengan karektor protagonis yang sangat hidup dan beremosi yang membawa jalan ceritanya yang begitu bermakna. Satu impak untuk lakukanlah sesuatu yang boleh memperbetulkan sesuatu kesilapan yang pernah kita buat di dunia ini sebelum masa kita sampai kelak..cuba fikirkan jikalau kita diberikan 6 bulan sahaja untuk hidup.apa yang akan anda fikirkan?

Mendengar :

Mono – ode
No regret life- ana hi no mirai

No comments:

Post a Comment