Thursday, December 24, 2009

sebahagian



‘Kebanyakan manusia terus berpaut pada ‘rifleksi’ idea yang berasal dari dunia pancaindera. Mereka melihat kuda- dan melihat kuda lain lagi. Tetapi mereka tidak melihat sifat kuda yang tidak sama dengan ciri tiruannya.( merekameluru ke dapur dan terus memakan dengan lahapnya biskut yang berada di sini tanpa sedikit pun memikirkan dari mana ia datang). ‘

‘Apabila kamu melihat bayang2 sophie, kamu akan mengandaikan bahawa tentu ada sesuatu menyebabkan bayang –bayang itu.kamu melihat bayang2 seekor binatang. Kamu berfikir, itu boleh jadi bayang kuda tetapi kamu tidak pasti. Jadi kamu berpaling dan melihat seekor kuda di situ- yang tentunya jauh lebih cantik dan lebih terang jelas bentuknya daripada bentuk samar2 kuda bayangan itu. Demikianlah plato percaya bahawa semua fenomena alam semulajadi hanyalah bayang2 bentuk atau idea yang kekal. Tetapi kebanyakan manusia berasa selesa dan berpuas hati hidup dalam dunia bayang2. Mereka tidak memikirkan tentang apa yang menyebabkan bayang2 itu. Mereka fikir, bayang- bayang memanglah bayang2 , tanpa menyedari bahawa mereka juga sebenarnya adalah bayang2. Oleh itu, mereka tidak ambil pusing tentang keabadian roh mereka.’

Dipetik dari novel sophies world ms 71& 72.

No comments:

Post a Comment